Adakah Betta Fish atau Ikan Laga Anda Membuat Buih di Permukaan Air? Ambil Peduli.
Saya pernah memelihara 2 ekor ikan laga siam atau Siamese Betta Fish sebelum ini. Kedua duanya jantan. Nama Joey dan Jojo.
Joey hidup dalam 2 bulan sahaja akibat jangkitan kuman Velvet yang menyebabkan perutnya buncit, mata membulat, ekor berlubang dan sisik pudar warna menjadi agak putih dan pucat. Saya telah memberi rawatan antibiotik atau anti fungal tetapi Joey tidak dapat bertahan lama dan telah mati.
Anak anak berasa sangat sedih sebab Joey adalah ikan peliharaan pertama dalam keluarga kecil kami.
Baru sahaja Joey ditanam atau dikebumikan, tanah masih merah lagi, anak anak telah menarik saya untuk mendapatkan pengganti. Cepat betul cari pengganti. So kami ke sebuah kedai ikan di KL, dan semasa kami sampai ikan ikan banyak yang dikeluarkan daripada kedai tersebut. Ada yang telah mati. Tauke kedai bagitahu terdapat kebakaran kecil sebentar tadi yang menyebabkan serbuk pemadam api telah turun secara automatik ke atas akuarium tersebut.
Anak anak saya tertarik dengan seekor betta jantan yang sangat aktif. Berbanding dengan yang lain yang mungkin sedang menunggu masa untuk arwah. Anak anak nekad mahu membantu betta tersebut jadi saya dengan penuh pasrah akan nasib betta tersebut terus membelinya dan pecut balik ke rumah untuk memberi bantuan air bersih daripada serbuk pemadam api (tak pasal pasal jadi skuad punye-lambat @ penyelamat). Akhirnya betta tersebut berjaya diselamatkan dan diberikan nama Jojo.
Jojo sangat manja dan disayangi keluarga kecil kami. Kami menjaganya untuk 3 bulan. Kami nampak banyak buih berada di atas permukaan air tersebut. Sangkaan saya dengan ilmu betta yang masih kurang, ooo Jojo ni sihat ni. Buat buih buih ni.
Tetapi lama kelamaan Jojo menjadi murung dan sangat mandom..apehal pulak Jojo ni. Nak kata sakit, takde nampak fungal atau apa apa.
Tidak lama kemudian, Jojo pula meninggalkan kami.
Tidak lama kemudian, suami telah membeli seekor lagi ikan betta siam jantan yang kami namakan sebagai Jibam.
Jibam telah kami jaga untuk tempoh lebih kurang 2 bulan setakat hari ini. Jibam juga telah mula membuat buih yang banyak di permukaan air.

Saya terus bertanya kepada kakak saya dan katanya itu adalah tanda tanda Jibam dah gatal tahap wajib kawen. Kena carikan pasangan cepat cepat. Kalau tak nanti dia mati.

Ok la Jibam..nanti kita carikan female betta untuk kau berhora horay ye..Jangan murung. Sabar. Kami carikan husna untuk kamu. #janganbencicintaku

Sabar ye Jibam..
#SisImi
Comments
Post a Comment