Cara-cara Menanam Pokok Tomato

Tiga hari yang lepas, saya cuba untuk tanam sendiri pokok tomato pula. Kalau ada hasilnya, boleh jimat duit dapur tu. Seperti biasa, biji benih pilihan ialah baba tomato seeds.


Seperti biasa, langkah pertama adalah seed germination. Langkah ni sangat crucial. Sebab kalau biji benih tak bercambah, macam mana dia nak jadi pokok kan. Seperti biasa, guna teknik germination atas kertas tisu yang diletakkan di dalam bekas plastik bertutup.


Dalam masa 3 hari, biji benih telah bercambah. Again, gambar tidak diambil. Dah selamat masuk dalam pasu bunga yang diisi dengan mix soil super10.


Ini lah hasilnya…


Row pertama, kedua, dan ketiga. Alhamdulillah semua seeds bercambah dengan jayanya.
Jika anda nak save duit lagi banyak, boleh guna kaedah replant vegetables dengan cara memotong buah tomato kepada beberapa hirisan yang ada biji. Anda hanya perlu meletakkan hirisan tersebut di atas tanah. Tutupkan dengan kuantiti tanah yang sedikit. Itu lah kaedahnya. Tetapi hasil dia lambat sikit compared to guna biji benih jenama baba.
Untuk hasil tumbesaran pokok tomato ni, sila follow untuk next update.
#SisImi

Comments

Popular posts from this blog

Cara-cara Menanam Pokok Cili Padi

Serangan Hama atau Serangga Perosak Tanaman Pasu di dalam Rumah

Adakah Betta Fish atau Ikan Laga Anda Membuat Buih di Permukaan Air? Ambil Peduli.