Cara-cara untuk Kahwinkan Betta atau Ikan Laga
Post ini adalah thread kepada post tentang betta saya bernama Jibam. Buih dah penuh atas permukaan air. Puas kami mencari #HusnaJBC ehh..female betta tapi tak jumpa. Most of the shops we went to memang jual male betta je.
Kami ke kedai 3B Aquatics di Bandar Baru Bangi bagi mencuba nasib dan kali ini nasib menyebelahi Jibam. Ada female betta dengan harga RM3.00 sahaja seekor. So Jibam, ko nak brape ekor betina arr..Kahkahkah..
Saya hanya belikan seekor dan tuan kedai agak pelik. Sebab dalam akuarium, female betta hidup secara satu komuniti yang besar. Takde pulak nak laga atau wrestling. Saya cakap nak beli seekor sahaja sebab ikan tak boleh kawen 4. *huhu poyo*.
Tauke kedai tanya, betta jantan ada buat buih ke. Saya cakap ada. Dah hampir pecah dah buih buih tu semua. Tauke tu cakap “mesti mau kawenkan cepat kalau betta jantan sudah buat buih arr..nanti u tak kasik dia kawen, dia boleh mati stress oooo u tak kasik dia betina betta”.
So saya pun bawak balik female betta tu. Ikutkan nak namakan dia Husna. Sempena episode terakhir #JanganBenciCintaku. Tapi anak anak nak namakan dia Fiona. So ikutkan je laa.
Fiona saya letak dalam satu bekas kecil dan bekas tersebut diletakkan dalam akuarium yang mengandungi air bersih beserta Jibam yang tengah tak keruan tu. Diingatkan, jangan masukkan terus dua ekor jantan dan betina tu. Nanti mereka bergusti dan berlaga lah jawabnya.

Mula mula Jibam macam malu malu dan tak tentu arah dibuatnya. Jeng..

Lepas tu Jibam mula tengok Fiona.

Mata bertentang mata..adakah kau terasa..cinta kian memekar di hati kita…oh manisnya senyumanmu #Feminin

Si Fiona ni boleh tahan gediks tahap max jugak ni. Mungkin melting disebabkan ketampanan Jibam. Fiona mula melengkukkan badan. Ngada..gediks..
Mummy tak bagi korang kawen dulu. Jibam kau sediakan Fiona rumah yang besar untuk dia lahirkan anak anak kamu (buat lebih banyak buih dalam bekas tu). Kita bagi masa 3-7 hari je untuk diorang buat persiapan kawen.
Jeng jeng jeng..nantikan thread seterusnya!
#SisImi
Comments
Post a Comment