Guppy beranak pinak!!

Tahukah anda ikan guppy ada female dan male. Betapa indahnya ciptaan tuhan. Kalau anda perasan, bagi haiwan, tuhan jadikan male species lebih cantik daripada female species. Sebagai contoh, lion atau singa…haa yang ada rambut segak bergaya itu lah yang jantan. Manakala singa betina kosong sahaja. Tak ada rambut. Botak.
Begitu juga dengan species ikan. Post kali ni spesifik tentang ikan guppy. Jadi kita dapat lihat bahawa species guppy betina atau female guppy berekor pendek manakala species guppy jantan berekor panjang dan bewarna warni. Mashaallah.
Kalau anda nak tahu, species guppy betina @ female guppy akan menghasilkan telur ikan. Kemudian, telur telur ikan tersebut akan dijaga dan dibawa dan kemudian dilahirkan melalui mulut ikan guppy jantan.
Pada awalnya, saya membeli 5 ekor guppy betina dan nampak gaya macam ada yang telah bunting. Cepat cepat saya dapatkan guppy jantan sebanyak 5 ekor di kedai. Kahwinkan mereka..ha ha ha..
Setelah 3 hari guppy betina hidup serumah dengan guppy jantan, maka kelihatan beberapa ekor anak ikan guppy dalam akuarium. Memang kita susah nak perasan ada anak ikan, sebab rangkanya halus dan nampak mata dan perut sahaja. Sangat halus.
Bila dah ada anak anak ikan guppy ni, perkara wajib kita buat ialah untuk.mengasingkan anak anak dari pada aktiviti bebas ikan guppy besar yang lain. Why? Sebab kalau kita tak asingkan mereka, nanti anak anak guppy tersebut akan dimakan oleh ibu guppy atau female guppies.
Ya secara alami, ikan betina akan menghasilkan telur dan ikan guppy jantan akan menjaga dan membawa telur tersebut dan kemudian melahirkan anak anak guppies. Ikan guppy betina pandai bertelur je. Jaga telur and anak dia tak buat. Kalau tak asingkan cepat cepat, telur ikan yang baru keluar tu pun, ibu guppy boleh makan.
So kena ingat ye..kalau detect ada je anak guppy, mesti cepat cepat keluarkan guppies yang lebih besar daripada bekas tu.

Selamat menjadi penternak guppies yang berjaya!
#SisImi

Comments

Popular posts from this blog

Cara-cara Menanam Pokok Cili Padi

Serangan Hama atau Serangga Perosak Tanaman Pasu di dalam Rumah

Adakah Betta Fish atau Ikan Laga Anda Membuat Buih di Permukaan Air? Ambil Peduli.