How To Make Money Online
Zaman sekarang kalau kita bekerja sekali pun, belum tentu kita dapat merasa “financial freedom”. Kalau ada Alhamdulillah. But most of us bekerja untuk membayar hutang yang entah sampai bila akan selesai. Instead of achieving financial freedom, many of us turned up working and going through financial burden!!
So how do you make money when you are poor>?
Buat anak anak muda yang baru tamat belajar, dalam proses untuk mencari kerja, sis nak sarankan yang berikut:
- Dapat 1st gaji apa nak buat? Yea…bagus..anak bapak….haha..belanja orang tua tanda kesyukuran dan kemerdekaan ibu bapa daripada perlu menanggung kamu. Syabas merra betti,,,syabasss…
- Sis dulu tersilap langkah, gaji pertama terus beli kereta mewah. Not wise guys. Masa ni tengah tak matang lagi. So, sis taknak uols repeat the same mistake that you guys will regret in the future. Beli kereta mungkin satu keperluan untuk ke tempat kerja atau to impress clients. Kalau perlu sangat, tolong beli kereta keluaran Malaysia sahaja. Bezza or Saga yang baru sangat berbaloi untuk orang yang baru bekerja. Sis dulu tersalah langkah beli toyota altis yang berharga RM116k dengan bayaran bulanan sebanyak separuh daripada gaji sis. Belum masuk harga petrol mingguan yang tinggi, maintenance pun mahal. Mampu but no financial freedom. So sis tukar dari Altis kepada Perodua Bezza. Not bad. Jimat minyak and spare parts and maintenance sangat lah mampu untuk nak bayar. Apa yang sis dapat? Yeaaa..savings uols. Bayangkan Altis monthly RM1100. Bezza monthly RM544 je. Lagi sparuh tu? Masuk savings lerr..fixed deposit or Tabung Haji.
- Pastikan PTPTN berbayar, Hutang is hutang okay. Dah pandai merayu mintak PTPTN, dah kerja pandai lah kau bayar balik. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit. Bayar monthly dulu, kalau dah lama sikit kerja, mungkin boleh consider bayar guna EPF/KWSP akaun 2. Settle.
- Kredit Kad adalah keperluan, boleh mohon untuk standby kecemasan hospital. Pandai guna, pandai la bayar balik, Jangan nak swipe sampai limit. Pastu kau merana nak bayar balik sebab interest atas interest.
- Ni kalau gaji korang ok..Invest siap2..dah pakai kereta bezza or saga kan. Boleh la invest beli tanah atau property. Property harga makin lama makin naik. Kalau beli Altis atau kereta mahal, value dalam 5 tahun dah depreciate dekat separuh harga kereta kau beli tu. Tak berbaloi.
- Boleh uninstall foodpanda, lazada, shopee, semua apps shoping tu. hahaha..
- Bawa bekal ke tempat kerja.
- Sebulan sekali je makan kat luar. Air order air kosong je tau. Lebih afdal kalau dapat kongsi. Sebab dah makan kenyang kan, tak semestinya perut boleh terima air banyak. Selain jimat duit, boleh elak perut buncit.
- Ok laa..kalau perlu beli barang dekat lazada (sis tak mampu uninstall sebab dakwat printer memang lagi murah beli kat situ) so, sign up untuk shopback. Apps ni akan bagi pulangan wang / cash back setiap kali anda membuat pembelian. For more info, boleh sign up kat sini : https://www.shopback.my/referred-signup-bonus?raf=XwTN6L
- Bagi yang pandai berblog, boleh try adsense atau ad revenue untuk income pasif anda.
Semoga bermanfaat. Selamat maju jaya!
Comments
Post a Comment