Mengapa wujud diskriminasi terhadap golongan LGBT?
1. Patient LGBT accident, staf ED nak refer patient untuk dimasukkan ke dalam wad lelaki ke dengan muka cunn, make up, boops bagai?
2. Situasi di toilet awam, mereka nak guna toilet mana? Masuk toilet lelaki, lelaki ganggu dia. Masuk toilet perempuan, dikhuatiri dia akan ganggu perempuan.
3. Belum masuk isu aurat sesama lelaki atau perempuan lagi. Perkara ni patut ditekankan oleh JAKIM and also sebab LGBT itself is haram against most religion.
4. Kalau ke surau/masjid, nak masuk saf perempuan? Lelaki..berpenampilan seperti wanita, pakai baju kurung, pakai tudung, masuk saf perempuan ka. Habis batal wudhuk muslimah yang lain kak abang oiii..
5. Lepas ni, golongan LGBT boleh masuk tandas wanita. Maka akan membuka ruang dan peluang untuk lebih ramai perogol berpenampilan seperti wanita untuk masuk ke dalam tandas wanita. Be alert of your loved one guys!
6. Mengapa wujud diskriminasi terhadap golongan ni? Rasulullah SAW pun tak iktiraf golongan songsang ni.
7. Daripada Ibnu ‘Abbas, katanya, “Rasulullah saw mela‘nat lelaki yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-meniru gaya lelaki.”
8. Jadi, kenapa kita perlu mengiktiraf dan memberi layanan istimewa kepada mereka? Sedangkan hak terhadap golongan OKU masih belum sempurna diberikan.
9. Adakalanya Allah Subhanahu wa Ta’ala menurunkan musibah, bala’ dan fitnah kerana orang shalih yang enggan melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar terhadap orang yang lazim melakukan kemungkaran. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَٱتَّقُواْ فِتۡنَةً۬ لَّا تُصِيبَنَّ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمۡ خَآصَّةً۬ۖ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ
Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) fitnah yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya. [al-Anfal 8:25]
Selari dengan ayat ini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:
مَا مِنْ قَوْمٍ يُعْمَلُ فِيهِمْ بِالْمَعَاصِي هُمْ أَعَزُّ وَأَكْثَرُ مِمَّنْ يَعْمَلُهُ لَمْ يُغَيِّرُوهُ إِلاَّ عَمَّهُمْ اللَّهُ بِعِقَابٍ.
Tidaklah satu kaum yang di kalangan mereka terdapat orang-orang yang melakukan maksiat sementara kaum itu pula lebih kuat dan lebih ramai daripada orang-orang yang melakukan maksiat, tetapi mereka tidak pula menghalangnya, melainkan Allah meliputi mereka semua dengan siksaan.
Semoga kita semua dijauhkan dari azab dan siksaan Allah swt di dunia dan di akhirat.
(Luth berdoa): “Ya Tuhanku selamatkanlah aku beserta keluargaku dari (akibat) perbuatan yang mereka kerjakan”. ―QS. 26:169
Comments
Post a Comment